Saturday, August 9, 2008

Ikan Merah Masak Asam Garam....

Semalam Mak kol..

Dia sekarang hobinya baca Resepi dari Seberang (Indonesia)... Oleh kerna asik dengar masak asam garam aja dari sinetron Cinderella..dia pun nak mengkaji la...rupa-rupanya nama Malaysianya : masak asam pedas.. bezanya ada tambah buah keras ngan lada hitam...

So me pun mintakla resepinya...

Bahan2nya adalah :
  • bawang merah + bawang putih + halia ---> bahan tumis
  • kunyit hidup + lengkuas ----> ditumbuk
  • cili kisar
  • belacan
  • lada hitam
  • serai ---> diketuk
  • daun kesum
  • bunga kantan ---> dibelah 2
  • ikan merah
  • garam
  • gula
  • air asam jawa
  • buah keras (* me gantikan dengan dua sudu santan)
Cara-caranya:
  • Tumis bahan tumis until naik bau
  • Masukkan cili kisar + kunyit hidup + lengkuas and masak hingga pecah minyak
  • Masukkan belacan
  • Masukkan bahan2 lain kecuali ikan
  • Bila dah mendidih masukkan ikan
  • Rasa asam garamnya
  • Tunggu ikan masak
  • Tutup api

Enak dimakan dengan nasi hangat dan ikan masin.... mari cubaan dong...*wink*..

Friday, August 8, 2008

Crispy Kerisi Goreng...

Semalam lepas balik dari meeting kat Maju Tower..rasa penat yang amat sangat...mana taknya..meredah hujan renyai2 (yuhoooo.....main hujan) sejauh 100m (approx.) dari stesen komuter Jln. Sultan Ismail ke tempat meeting... adeh!!!

Oleh kerana lauk gulai ikan masin nenas ada lebih (memang sengaja buat lebih), me goreng aja ikan kerisi and buat sambal kicap (p/s: resepi sambal kicap as per previous entry). Sekali sekala makan ikan goreng pun sodap..

Bahan2 perap ikan:
  • Jintan Manis
  • Ketumbar
  • Kunyit hidup
  • Garam

Cara2nya:

Semua bahan di atas ditumbuk dan diperap dengan ikan sebelum digoreng. Make sure goreng dengan minyak yang betul2 panas (tapi api kecik) untuk dapatkan effect crispy yang sebenar...

Sedap dimakan dengan sambal kicap + nasi panas...

Gulai Ikan Masin Nenas...

Haritu me masak Gulai Ikan Masin Nenas... (baki nenas masih ada..so kena la carik resepi berunsurkan nenas). One of my fevret dish... lama tul tak makan...

Bahan2nya:
  • Bawang merah + bawang putih + halia ---> bahan tumis
  • Santan
  • Ikan sepat masin yang telah dibasuh
  • Nenas ---> dipotong nipis
  • Daun kunyit ---> dipotong halus
  • Serai ---> ditumbuk
  • Cili kisar satu sudu
  • Kunyit hidup ---> ditumbuk
Cara2nya:
  • Tumiskan bahan tumis dalam periuk sampai naik bau
  • Masukkan cili kisar + kunyit hidup and masak sampai pecah minyak
  • Masukkan air (sesuaikan dengan banyak kuah yang kita nak)
  • Masukkan daun kunyit + serai + nenas ke dalam periuk
  • Bila dah mendidih masukkan pulak santan
  • Sedikit gula + garam
  • Masukkan ikan masin..
  • Masak sampai ikan masin jadi lembut
  • Rasa & jika dah puas hati...tutup api
Ni resepi me tanya Cik Taksiah (my dearest Mak)... tak sure resepi ni asalnya dari mana.. tapi yang pasti... yummeh!!!

Wednesday, August 6, 2008

Ayam Masak Merah....

Malam tadi me cadangnya nak masak la Ayam Masam Manis..tapi disebabkan masalah teknikal (terletak lebih cili) jadila pulak Ayam Masak Merah...Tak kisahla kan..? janji leh dimakan and kenyang... biasalah "saya budak baru belajar kalau salah tolong tunjukkan...eheheh".

Selalunya En. Amin la jadi pengkritik tetap..(ialah sapa lagi nak kritik...takan nak soh Alya kan..?)... and setiap kali makan ada jerla kritikannya.. terpedas sangat la..tak pekat la.. itu la..ini la.. Susahkan masakkan untuk orang yang tahu masak.. ada jerla yang tak sama ngan tekak dia... takat yang me dah masak banyak2 ni rasanya tak sampai 5 jari pun jika nak dikira masakan yang dia kata sedap... ada jerla yang tak betulnya... kadang2 sedey gak *sigh*..

Anyway takpalah kan.. tak yah nak emo2...tak sedap pun tak sedap..practice makes perfect..lama2 tu sedap la kut...hahahahah (nak jaga hati sendiri)...

oklah enuf bebel'ling... kang lupalak nak bagitahu bahan2nya..:
  • ayam dipotong kecik ---> digoreng
  • sos cili + sos Tomato + kicap cair
  • cili kisar
  • bawang merah + bawang kecik + halia ----> bahan tumis
  • cili padi --> hiris nipis
  • nenas
  • tomato dipotong dadu
Cara2nya:
  • Panaskan api dan tumis bahan tumis sampai naik bau.
  • Masukkan cili kisar and masak until pecah minyak.
  • Masukkan segala sos and kicap cair.
  • Masukkan garam and gula.
  • Masukkan nenas, tomato and cili padi.
  • Masukkan ayam yang siap digoreng.
  • Kacau rata.
  • Tunggu menggelegak.
  • Tutup api.
  • Hidang and makan...

Ikan Patin Masak Lomak...

Jumaat lepas kami anak-beranak ke Tesco Kajang...cadangnya nak beli barang basah untuk dimasak selama seminggu... Alhamdulillah dengan Rm50 dapatla jugak beli Ayam seekor, Ikan Patin and Ikan Merah.. Yang paling seronok bila dapat beli ikan patin yang panjangnya satu pembaris (1ft) dengan hanya RM1.50.. Murahkan? Alhamdulillah..

So Ahad me masak la Ikan Patin Masak Lomak.. Resepinya me tengok dalam majalah RASA.

Bahan2nya adalah:
  • Daun kunyit ---> Dipotong halus2
  • Serai ---> Diketuk
  • Kunyit Hidup + Cili Padi ---> Ditumbuk
  • Santan
  • Air
  • Ikan Patin yang dibasuh dahulu dengan air asam
Cara2nya pulak:

Bahan yang ditumbuk dimasukkan dalam periuk berisi air bersama dengan daun kunyit dan serai...Bila mendidih masukkan pula santan dan kacau. Pastikan apinya kecik untuk elakkan pecah santan. Then bila dah rasa garamnya..masukkan ikan... (jangan kacau sangat ikannya...takut ikan jadi hancur) .. bila ikan dah masak..tutup api..sedia untuk dimakan.

Senangkan? actually masak lemak ni ada pelbagai cara..bergantung kepada asal usul masak lemak tu....ada yang pakai bawang..ada yang idak..ada yang tumis dulu..ada yang rebus terus.. yang pasti hasilnya sedap..so tepuk dada tanya selera..resepi mana yang nak dicuba... salamz...


Tuesday, August 5, 2008

Soto Ayam Ala Bali....

Sabtu sebab Alya ada rumah..kenala me masak yang ala-ala sup aja...budak kecik ni hantu sup.... so bukak2 majalah Rasa jumpalah resepi ni...so simple...meh kita layannnnnnnz.......

Bahan-bahan...:
  • Ayam dipotong kecik dan direnih dengan air --> stok ayam
  • Kentang and lobak merah dipotong dadu...
  • Ketumbar + jintan manis (dedua ditumbuk), bawang besar potong dadu, kayu manis, bunga cengkih and buah pelaga ---> bahan tumis
  • Nasi Impit Nona atau Adabi
Cara-caranya...:

Tumis bahan tumis...bila dah naik bau..masukkan kentang and lobak and masak sampai empuk... bila dah empuk..masukkan bahan2 tersebut dalam stok ayam.. rasa garamnya...and tunggu mendiudih tutup api..

Makan bersama nasi impit dan sambal kicap... senangkan? lagi senang dari soto original... meh la try...

Friday, August 1, 2008

Ayam Masak Paprik..,,,

Bila jengok2 blog Kak Ummi nampak la Ayam Paprik dia.. bila tengok bahan semua ada..so tryla buat... rasanya mine tak berapa jadi (kut terletak lebih limau kut so jadi ala-ala over masam la pulak..) anyway.. yang penting habis dimakan and Alhamdulillah kenyang... takpa..practice makes perfect kan..? nanti kita cuba lagi...kan?

Basically bahan2nya adalah:

  • bawang merah + bawang putih + serai ----> bahan tumis
  • ayam, carrot, bawang besar
  • sos tomato, sos cili, sos tiram + kicap
  • daun limau purut
  • jus limau

Nak masak pulak:

  • tumis bahan tumis
  • masukkan semua bahan lain kecuali jus limau and daun limau
  • bila dah mendidih masukkan jus limau
  • masukkan daun limau purut
  • tutup api