Thursday, September 11, 2008

Puding Triffle...

Sabtu lepas pakat berbuka kat umah Along Nor..dek sebab Along Nor dah masak main dish..me pun prepare la dessert.. kali ni me amik resepi dari Majalah RASA.. actually tang puding castardnya aja yang me amik resepinya...

Sebab bulan posa, tak boleh nak rasa..me ikut resepi bulat2 .....so bila ikut resepi tu terasa sesangat manisnya (me ni tak kuat masin n manis). So after this kena kurangkan gula tu dari 300grm ke 200grm..

Puding ni ada 3 lapisan:

a) Lapisan bawah : Kek gulung (swiss Roll) --> me guna perasa kopi

b) Lapisan atas : buah koktel & Agar2 paket NONA (tinggal bancuh dengan air panas sahaja)

c) Lapisan Tengah : Puding castard
  • 2 biji telur
  • 1000ml susu
  • 140grm tepung castard
  • 300grm gula --> next time pakai 200grm dah cukup manis
  • satu sudu teh esen vanila
  • Bahagikan susu kepada dua bahagian. Satu bahagian masak atas api bersama dengan gula. Satu bahagian lagi dicampurkan dengan semua bahan diatas- dikacau rata (me guna blender supaya tak berketul) - dimasukkan ke dalam bahagian pertama. Masak sehingga pekat.

Cara2 nak buat lapisan:

Potong kek gulung dan susun pada dasar bekas. Bekas kalau boleh yang lutsinar supaya nampak lapisan triffle. Kemudian letak puding castard. Taburkan buah koktel. Letakkan lapisan agar-agar Nona. Sejukkan. Bila nak makan ceduk sampai ke dasar..

Selamat Berbuka...!!!

0 comments: