Tuesday, July 29, 2008

Ikan Masak Singgang Pedas...

Semalam me jengah blog Kak Umi... geledah punya geledah terjumpa la resepi ni... Ikan Singgang Berempah. Dek kerana ada item2 yang tak ada.. so me punya jadilah Ikan Singgang Pedas.. ekeke bak kata Kak Ummi tu: layaaaaaaaaan... TQ yer Kak Ummi.

Bahan2nya adalah :
  • Ikan
  • Tomato --> Dibelah dua
  • Serai --> dititik
  • Air asam jawa
  • Kiub ikan bilis MAGGI (optional)
  • Bahan yang ditumbuk : bawang merah, bawang putih, halia, kunyit hidup, lengkuas, cili padi, jintan manis & lada hitam
Nak masak pulak:

tumiskan bahan yang ditumbuk, bila naik bau masukkan serai and air ikut suka.. masukkan air asam jawa + kiub ikan bilis. Bila dah mendidih masukkan ikan na masak guna api medium. masukkan tomato and rasakan garam. Leh lah tutup api and hidangkan...

Lauknya rasa masam-masam pedas... lagi best if makan ngan ikan masin..masyuuuuuukkk!!!

0 comments: