Thursday, November 6, 2008

Sotong Goreng Tomyam...


Seperti biasa, me try resepi dari MyResepi untuk masak dinner. Alhamdulillah En. Amin kata sedap and boleh buat lagi... (bukan senang nak dengar En. Amin puji kata OK tau..;p).


Bahan2nya:
  • Bawang merah, bawang putih, halia + cili padi (semuanya dihiris) ---> bahan tumis
  • 2 batang serai yang diketuk
  • 4 ekor sotong
  • 2 helai Daun limau
  • Sos Tiram satu sudu besar
  • 1/2 Kiub Tomyam
  • Lobak, kubis bunga & baby corn

Cara2nya:
  • Tumis bahan sampai naik bau
  • Masukkan serai
  • Masukkan sos tiram dan kiub tomyam
  • Masukkan sayur and masak until empuk
  • Masukkan sotong dan masak until empuk
  • Rasa garam
  • Masukkan daun limau
  • Kacau sebentar dan tutup api

Puding Kek Impian....


ops...nama pun ada macam drama TV la pulak..

Actually me tak tahu nak letak nama apa so me letak la nama Puding Kek Impian sempena ingin memenuhi impian Along Nor makan puding ni.

Aritu Along Nor ada bagitahu tak puas makan puding yang me buat masa open house umah dia..so disebabkan ada kek marble kat umah... (and sebab malam tadi tak masak sebab makan rendang ayam kat umah Along Nor) , sempat la me buat puding idaman ni untuk sepupu kesayangan.

Cara-caranya sama macam buat Puding Aidilfitri bezanya kali ni me pakai kek marble n perasa coklat + nescafe.... Alhamdulillah, seronok dapat memenuhi impian Along Nor and nengok Along Nor beria-ia makan masa sarapan pagi tadi.

Wednesday, November 5, 2008

Puding Coklat Cocktail...


Cara2 buat Puding:
  • Satu bahagian air + 3 bahagian tepung kastad + gula secukup rasa + serbuk koko ---> di blend (untuk elakkan tepung berketul).
  • Masak atas api yang kecil hingga pekat
  • Masukkan dalam bekas
  • Sejukkan

Cara2 buat kuah :
  • Satu tin sus cair + satu tin air + gula secukup rasa + satu sudu kecik esen vanilla + 1 sudu besar tepung kastad ---> dimasukkan ke dalam periuk
  • Masak until menggelegak
  • Sejukkan

Cara Hidang :
  • Keluarkan puding
  • Letakkan buah2 coktail
  • Tuang kuah

Senangkan..? Makanan ni memang fevret me dari kecik sampai sekarang...

Actually puding ni adalah permintaan dari my anak buah --> Abang Ngah. Yang sedeynya masa nak buat tu me discovered yang tepung kastard tinggal sikit..so me dapat buat sikit ajalah... jadilah ye Abang Ngah untuk hilangkan rasa mengidam tu...

" sorry ye Abang Ngah, nanti next time Mak Long buat banyak2 untuk Abang Ngah..."



Tuesday, November 4, 2008

Ikan Singgang Serani...


Semalam me masak Ikan Singgang Serani. Amik resepi dr MyResepi.. resepinya sedap and tak rugi me try...

Bahan2 Tumis --> ditumbuk separa halus:
  • Bawang kecik 4 biji
  • Bawang Putih 2 ulas
  • Kunyit hidup, halia & lengkuas setiap satu 1/2 inci

Bahan2 lain:
  • Ikan kembung 2 ekor dipotong 2
  • Serai 2 batang diketuk
  • Air asam jawa

Cara2:
  • Tumis bahan tumis sampai naik bau
  • Masukkan air asam & serai..biarkan menggelegak
  • Masukkan bunga kantan & ikan
  • Letak garam & gula secukup rasa
  • Makan dengan nasi panas

Sunday, November 2, 2008

Ayam Masak Ungkep...



Masa mengemas dapur, terjumpa resepi Ayam Masak Ungkep. Masakan ni adalah masakn jawa yang mula diperkenalkan oleh Syem (Shamsiah Sarkawi) lebih kurang 8 tahun yang lepas. Last time masak masa raya haji tahun lepas. Disebabkan bahan semua ada...so layanz..

Bahan2 :
  • Ayam 4 ketul yang diperap dengan garan dan kunyit
  • Serai 2 batang yang diketuk
  • Air ikut kepekatan yang disukai
Bahan2 Kisar :
  • Bawang besar 1 labu
  • Bawang putih 5 ulas
  • Halia 1 inci
  • Kunyit hidup 1 inci
  • Cili padi sepuluh biji ( atau ikut pedas mana yang nak)
Bahan Tumis: Halia 1 inci yang dihiris halus


Cara2nya:
  • Tumis halia hingga garing
  • Masukkan bahan kisar dan masak hingga naik minyak
  • Masukkan ayam (biarkan 2-3 minit)
  • Masukkan serai dan air
  • Letakkan garam secukup rasa
  • Tutup dengan penutup kuali
  • Kacau sekali-sekala
  • Masak sehingga pekat (ala-rendang gitu)
  • Bila kepekatan dan rasa dah memuaskan, tutup api dan boleh la dimakan dengan nasi panas...








Sup Cendawan & Sayur Campur...


Seperti biasa hujung minggu adalah soup time... untuk sapa lagi kan....untuk dearie Alya la kan.. kali ni me masak sup cendawan + sayur campur. Resepi takyah la nak tulis kat sini ek... cara sama jer masak sup..bezanya letak cendawan and segala sayur2 campur.


Tuesday, October 28, 2008

Agar-agar Roti Berkastad...

Disebabkan roti ada lebih dan rasanya akan dibiar membazir, me pun mengeksperimen dengan menjadikannya salah satu bahan untuk agar-agar. Namanya Agar-agar Roti Berkastad.
Bahan2nya:
  • Agar-agar kering - 40g
  • Gula - ikut kemanisan yang disukai
  • Roti yang dicarik2
  • Susu cair satu tin
  • Susu segar 200ml
  • Telur sebiji
  • Tepung kastad 2 sudu besar
  • Esen Vanilla 1 sudu kecil

Cara2nya :
  • Masak agar2 dengan air
  • Pada masa yang sama blend telur + susu + esen vanilla + gula
  • Apabila agar2 telah larut, masukkan bahan2 yang telah diblend tadi
  • Tunggu hingga menggelegak, masukkan roti
  • Bahagikan kepada 3 bahagian
  • 1 bahagian di letakkan pewarna merah, 1 bahagian pewarna hijau
  • Masukkan campuran warna original ke dalam loyang yang telah dibasuh dengan air
  • Selang selikan dengan campuran bewarna merah dan hijau
  • Biarkan sejuk
  • Sedia untuk dimakan...