Monday, August 9, 2010

Udang Goreng Tomyam...


Lama betul tak update..dan lama betul tak masak benda baru.. selamat menjamu mata...

Sunday, October 25, 2009

Pasar Ramadhan...2009







Sunday, September 27, 2009

Cup Cakes Raya...



Ni adalah cake-cake cawan yang me buat sempena raya (tapi telah dimakan pada malam raya oleh anak2 buah yang tak sabar-sabar :p). Diorang kata sedap... *senyum sampai ke telinga*
Me buat dua jenis: double choc & strawberi... oleh kerana ni first time buat..maap la kalu designnya agak kurang kemas.. sebahagian design telah ditolong oleh En. Amin yang menurut Mak designnya lagi lawo dari yang me buat... huhuhu...
Seronok buat cup cake ni..cuma yang tak seronok time nak kemas and basuh barang2 lepas siap memasak dan mem'baking... entah tahun bila lah me nak buat lagi benda cup cake nih...... ;P

Thursday, August 13, 2009

Lama Bercuti...

Lama betul me tak update blog ni... semenjak pregnantkan Aisya, me tak rasa sangat nak memasak (time pregnant kan Alya agak rajin jugakla) n semenjak AFK meninggal lansung la tak sempat masak..ialahkan asyik duk ulang alik KL-JB..
First me start masak semula lepas bersalin 14hari..itupun sebab mak and abah ada kursus Haji di Komplek Islam JB.. n lagi satu sebab nak mak rasa my Resepi Ungkep..
Now sementara menghabiskan cuti pantang and after balik ke BSP semula selepas sebulan berpantang di JB, me memasak semula... lepas sebulan makan air tangan mak...rasa tak selera pulak nak beli kat kedai..nasib En.Amin tak cerewet orangnya.. goreng ikan pekasam makan ngan nasi putih pun bagi dia dah cukup sedap... kan Dy?
Buat masa ni resepi yang me masak adalah lauk pauk yang pernah me entry'kan dalam blog ni...if ada yang baru, nanti me updateye... till then, selamat bersedia menyambut Ramadhan Al-Mubarak... take care, salam....

Friday, November 7, 2008

Udang Goreng Paprik...

Again dari MyResepi... tapi telah ditambah and ubah.....last2 rasanya macam paprik. Bezanya tak pedas sebab cili padi takdak. Anyway...

Bahan2nya:

Udang yang perap sekejap dengan kunyit + garam ---> digoreng and diketepikan
Bawang merah, bawang putih + halia ----> bahan tumis
Baby Corn
Sos tiram
Sos Cili
Kicap
Daun limau

Cara2nya :

Tumis bahan tumis
Masukkan semua bahan kecuali udang
Rasakan garamnya
Masukkan udang
Masukkan daun limau
Masak sebentar
Tutup api

Thursday, November 6, 2008

Sotong Goreng Tomyam...


Seperti biasa, me try resepi dari MyResepi untuk masak dinner. Alhamdulillah En. Amin kata sedap and boleh buat lagi... (bukan senang nak dengar En. Amin puji kata OK tau..;p).


Bahan2nya:
  • Bawang merah, bawang putih, halia + cili padi (semuanya dihiris) ---> bahan tumis
  • 2 batang serai yang diketuk
  • 4 ekor sotong
  • 2 helai Daun limau
  • Sos Tiram satu sudu besar
  • 1/2 Kiub Tomyam
  • Lobak, kubis bunga & baby corn

Cara2nya:
  • Tumis bahan sampai naik bau
  • Masukkan serai
  • Masukkan sos tiram dan kiub tomyam
  • Masukkan sayur and masak until empuk
  • Masukkan sotong dan masak until empuk
  • Rasa garam
  • Masukkan daun limau
  • Kacau sebentar dan tutup api

Puding Kek Impian....


ops...nama pun ada macam drama TV la pulak..

Actually me tak tahu nak letak nama apa so me letak la nama Puding Kek Impian sempena ingin memenuhi impian Along Nor makan puding ni.

Aritu Along Nor ada bagitahu tak puas makan puding yang me buat masa open house umah dia..so disebabkan ada kek marble kat umah... (and sebab malam tadi tak masak sebab makan rendang ayam kat umah Along Nor) , sempat la me buat puding idaman ni untuk sepupu kesayangan.

Cara-caranya sama macam buat Puding Aidilfitri bezanya kali ni me pakai kek marble n perasa coklat + nescafe.... Alhamdulillah, seronok dapat memenuhi impian Along Nor and nengok Along Nor beria-ia makan masa sarapan pagi tadi.

Wednesday, November 5, 2008

Puding Coklat Cocktail...


Cara2 buat Puding:
  • Satu bahagian air + 3 bahagian tepung kastad + gula secukup rasa + serbuk koko ---> di blend (untuk elakkan tepung berketul).
  • Masak atas api yang kecil hingga pekat
  • Masukkan dalam bekas
  • Sejukkan

Cara2 buat kuah :
  • Satu tin sus cair + satu tin air + gula secukup rasa + satu sudu kecik esen vanilla + 1 sudu besar tepung kastad ---> dimasukkan ke dalam periuk
  • Masak until menggelegak
  • Sejukkan

Cara Hidang :
  • Keluarkan puding
  • Letakkan buah2 coktail
  • Tuang kuah

Senangkan..? Makanan ni memang fevret me dari kecik sampai sekarang...

Actually puding ni adalah permintaan dari my anak buah --> Abang Ngah. Yang sedeynya masa nak buat tu me discovered yang tepung kastard tinggal sikit..so me dapat buat sikit ajalah... jadilah ye Abang Ngah untuk hilangkan rasa mengidam tu...

" sorry ye Abang Ngah, nanti next time Mak Long buat banyak2 untuk Abang Ngah..."



Tuesday, November 4, 2008

Ikan Singgang Serani...


Semalam me masak Ikan Singgang Serani. Amik resepi dr MyResepi.. resepinya sedap and tak rugi me try...

Bahan2 Tumis --> ditumbuk separa halus:
  • Bawang kecik 4 biji
  • Bawang Putih 2 ulas
  • Kunyit hidup, halia & lengkuas setiap satu 1/2 inci

Bahan2 lain:
  • Ikan kembung 2 ekor dipotong 2
  • Serai 2 batang diketuk
  • Air asam jawa

Cara2:
  • Tumis bahan tumis sampai naik bau
  • Masukkan air asam & serai..biarkan menggelegak
  • Masukkan bunga kantan & ikan
  • Letak garam & gula secukup rasa
  • Makan dengan nasi panas

Sunday, November 2, 2008

Ayam Masak Ungkep...



Masa mengemas dapur, terjumpa resepi Ayam Masak Ungkep. Masakan ni adalah masakn jawa yang mula diperkenalkan oleh Syem (Shamsiah Sarkawi) lebih kurang 8 tahun yang lepas. Last time masak masa raya haji tahun lepas. Disebabkan bahan semua ada...so layanz..

Bahan2 :
  • Ayam 4 ketul yang diperap dengan garan dan kunyit
  • Serai 2 batang yang diketuk
  • Air ikut kepekatan yang disukai
Bahan2 Kisar :
  • Bawang besar 1 labu
  • Bawang putih 5 ulas
  • Halia 1 inci
  • Kunyit hidup 1 inci
  • Cili padi sepuluh biji ( atau ikut pedas mana yang nak)
Bahan Tumis: Halia 1 inci yang dihiris halus


Cara2nya:
  • Tumis halia hingga garing
  • Masukkan bahan kisar dan masak hingga naik minyak
  • Masukkan ayam (biarkan 2-3 minit)
  • Masukkan serai dan air
  • Letakkan garam secukup rasa
  • Tutup dengan penutup kuali
  • Kacau sekali-sekala
  • Masak sehingga pekat (ala-rendang gitu)
  • Bila kepekatan dan rasa dah memuaskan, tutup api dan boleh la dimakan dengan nasi panas...








Sup Cendawan & Sayur Campur...


Seperti biasa hujung minggu adalah soup time... untuk sapa lagi kan....untuk dearie Alya la kan.. kali ni me masak sup cendawan + sayur campur. Resepi takyah la nak tulis kat sini ek... cara sama jer masak sup..bezanya letak cendawan and segala sayur2 campur.


Tuesday, October 28, 2008

Agar-agar Roti Berkastad...

Disebabkan roti ada lebih dan rasanya akan dibiar membazir, me pun mengeksperimen dengan menjadikannya salah satu bahan untuk agar-agar. Namanya Agar-agar Roti Berkastad.
Bahan2nya:
  • Agar-agar kering - 40g
  • Gula - ikut kemanisan yang disukai
  • Roti yang dicarik2
  • Susu cair satu tin
  • Susu segar 200ml
  • Telur sebiji
  • Tepung kastad 2 sudu besar
  • Esen Vanilla 1 sudu kecil

Cara2nya :
  • Masak agar2 dengan air
  • Pada masa yang sama blend telur + susu + esen vanilla + gula
  • Apabila agar2 telah larut, masukkan bahan2 yang telah diblend tadi
  • Tunggu hingga menggelegak, masukkan roti
  • Bahagikan kepada 3 bahagian
  • 1 bahagian di letakkan pewarna merah, 1 bahagian pewarna hijau
  • Masukkan campuran warna original ke dalam loyang yang telah dibasuh dengan air
  • Selang selikan dengan campuran bewarna merah dan hijau
  • Biarkan sejuk
  • Sedia untuk dimakan...

Monday, October 27, 2008

Daging Masak Lada Hitam Bergajus...

Tetiba today me terasa nak makan daging black pepper tapi ala letak cili kering and gajus... so terciptalah masakan Daging Masak Lada Hitam Bergajus ni... resepinya me taram aja.. asalkan sedap dan tak sakit perut..kira halal aja la....

Bahan2nya :
  • daging- diperap bersama dengan lada hitam, garam dan lada putih
  • lada hitam
  • bawang merah hiris + bawang putih ---> bahan tumis
  • bawang merah ---> dipotong bulat
  • cili kering ---> dipotong satu inci panjang
  • gajus ---> digoreng (Me beli yang dah siap panggang punya..)
  • sos tiram
  • daun sup + daun bawang (ni me tak letak)
Cara2nya:
  • goreng cili kering sekejap dan ketepikan
  • tumis bahan tumis sampai naik bau
  • masukkan daging dan goreng sehingga empuk
  • masukkan 2 sudu besar sos tiram + sedikit lada hitam
  • masukkan cili kering + gajus + bawang merah
  • sedikit garam & gula
  • (masukkan daun sup + bawang)
  • tutup api and sdia untuk dimakan
apalagi u-ols..meh la try....














Friday, October 10, 2008

Puding Aidilfitri....

Wah...nama pun raya..so letakla namanya Puding Aidilfitri... relevannya? Sebab dibuat untuk bagi kat Along Nor for open house malam ni... since tema umahnya Pink & Putih, me pun guna the same tema... meh la try....

Bahan2nya:

Bahan A
  • Kek Coklat and Strawberi (kek ni Mak bekalkan dari JB)

Bahan B
  • Agar2 bungkus
  • Tepung kastard 2 sudu besar
  • Gula pasir
  • Esen Vanila satu sudu kecik
  • Satu tin susu cair

Bahan C
  • Agar2 bungkus
  • Susu cair satu tin
  • Pewarna merah
  • Gula pasir

Cara2nya
  • Bahan A dipotong kecik2 and disusun berselang seli pada dasar loyang
  • Masak Bahan B dan tuang ke atas kek sampai aras kek
  • Biarkan sejuk
  • Masak Bahan C dan tuangkan atas Bahan B
  • Biarkan sejuk
  • Potong dan hidangkan

Friday, September 26, 2008

Salam Lebaran...

Ikhlas dari kami sekeluarga:

Aminudin Zamri
Fadzilayaty Ramli
Ain Fadzila Alya Aminudin



Monday, September 22, 2008

Udang Goreng Aja...

Semalam got to go to the office to start my Report for PAE... as per mentioned before..Sabtu & Ahad if takda agenda me has to cook.. so semalam me cooked..

This time me masak very simple one (always yang simple and sempoi aja kan...? wehere got yang susah2...) : Sotong Masak Tauchu. Why?

1- sebab ada stok sotong (3 ekor la tapi..)
2-sebab En. Amin loves it
3- sebab senang bangat!!!

Resepi adalah seperti previous post.

Dek kerana the sotong so sikit and memang tak cukup..me goreng la udang.. memula nak buat gak udang goreng kunyit..tapi by the time udang siap digoreng..dah nak berbuka.. so cancel... makan Udang Goreng aja (without the bahan2 for udang goreng kunyit). Layan....

*sorry gambar takda.. takat gaul udang ngan garam n kunyit aja.. so u-ols sure tahu how it looks like kan...?*wink*

Thursday, September 11, 2008

Puding Triffle...

Sabtu lepas pakat berbuka kat umah Along Nor..dek sebab Along Nor dah masak main dish..me pun prepare la dessert.. kali ni me amik resepi dari Majalah RASA.. actually tang puding castardnya aja yang me amik resepinya...

Sebab bulan posa, tak boleh nak rasa..me ikut resepi bulat2 .....so bila ikut resepi tu terasa sesangat manisnya (me ni tak kuat masin n manis). So after this kena kurangkan gula tu dari 300grm ke 200grm..

Puding ni ada 3 lapisan:

a) Lapisan bawah : Kek gulung (swiss Roll) --> me guna perasa kopi

b) Lapisan atas : buah koktel & Agar2 paket NONA (tinggal bancuh dengan air panas sahaja)

c) Lapisan Tengah : Puding castard
  • 2 biji telur
  • 1000ml susu
  • 140grm tepung castard
  • 300grm gula --> next time pakai 200grm dah cukup manis
  • satu sudu teh esen vanila
  • Bahagikan susu kepada dua bahagian. Satu bahagian masak atas api bersama dengan gula. Satu bahagian lagi dicampurkan dengan semua bahan diatas- dikacau rata (me guna blender supaya tak berketul) - dimasukkan ke dalam bahagian pertama. Masak sehingga pekat.

Cara2 nak buat lapisan:

Potong kek gulung dan susun pada dasar bekas. Bekas kalau boleh yang lutsinar supaya nampak lapisan triffle. Kemudian letak puding castard. Taburkan buah koktel. Letakkan lapisan agar-agar Nona. Sejukkan. Bila nak makan ceduk sampai ke dasar..

Selamat Berbuka...!!!

Sotong Masak Tauchu...

Ahad lepas me masak Tauchu.. actually teringin nak makan tauchu Restoren Phi-Phi yang depan umah tu.. tapi sebab tamak nak makan banyak..(ops.... nafsu makan tu...ekekek) me decided to masak sendiri... Alhamdulillah rasanya sama.. and puas makan..sampai leh ratah-ratah... En. Amin pun kata sedap.. so next time leh la makan lauk ni lagi :p

Bahan-bahannya:
  • Sotong 5 ekor ---> potong ikut kehendak hati
  • Bawang merah + bawang putih + halia --> bahan tumis
  • Sebiji cili hijau --> belah dua
  • Cili padi ---> dipotong2. ...kuantiti ikut sesedap rasa pedas
  • Satu sudu sos tiram
  • Satu keping asam keping
  • Tiga sudu besar tauchu---> dibasuh
Cara-caranya:
  • Tumis bahan tumis dalam periuk
  • Masukkan semua bahan di atas
  • Tutup periuk dengan penutup periuk
  • Bila tengok sotong dah masak, tutup api..
  • Sedia untuk dimakan

Selamat Berbuka....!!!

Friday, September 5, 2008

Cuti Dibatalkan...

aiyo... konon nak gantung kuali...tapi En. Amin soh masak...especially Sabtu and Ahad.. ekekek cuti terpaksa dibatalkan...

So first Ramadhan..me masak la jugak.. tapi lauk sempoi aja... second Ramadhan Along Nor bagi rendang daging + paru.., third Ramadhan oleh kerana me ke PBLT ada tender review..and kat belakang tu ada Beriani Anje.. so layanla beriani ayam.. semalam - fourth Ramadhan Along Nor bagi spagheti....

Alhamdulillah.. untung hantar Alya ke umah Along macam ni la...selalu dapat makan makanan sedap2 dari Along Nor... terubat gak rindu nak makan masakan mak... banyak pahala Along bagi orang makan berbuka....thanks Along... nanti Yatie masak desserts bagi kat Along ye...

Harap2 today takla hujan seperti hari2 sebelumnya... boleh la me ke pasar Ramadhan untuk mencari kuih-muih and lauk-pauk idaman... tapi esok takda chance nak ponteng masak.. nak masak apa yer esok...?

Wednesday, August 27, 2008

Cuti Masak...

Aisey..lama tul tak update...

me dah cuti masak sebenarnya... ada masalah sikit... so akan start masak semula lepas Raya...

aik..apasal lama sangat eh..? Sebab time posa En. Amin suka mencuba segala masakan yang dijual di pasar Ramadhan.. so dia confius nak soh me masak apa.... kang penat aja me masak..dia teringin nak makan benda lain.. so last2 membazir...

So dalam bulan posa ni maybe me akan buat kuih-muih aja kut... agar2 ker..apa ke..so tunggu aja la yek...

Salam Ramadhan...