Friday, August 8, 2008

Crispy Kerisi Goreng...

Semalam lepas balik dari meeting kat Maju Tower..rasa penat yang amat sangat...mana taknya..meredah hujan renyai2 (yuhoooo.....main hujan) sejauh 100m (approx.) dari stesen komuter Jln. Sultan Ismail ke tempat meeting... adeh!!!

Oleh kerana lauk gulai ikan masin nenas ada lebih (memang sengaja buat lebih), me goreng aja ikan kerisi and buat sambal kicap (p/s: resepi sambal kicap as per previous entry). Sekali sekala makan ikan goreng pun sodap..

Bahan2 perap ikan:
  • Jintan Manis
  • Ketumbar
  • Kunyit hidup
  • Garam

Cara2nya:

Semua bahan di atas ditumbuk dan diperap dengan ikan sebelum digoreng. Make sure goreng dengan minyak yang betul2 panas (tapi api kecik) untuk dapatkan effect crispy yang sebenar...

Sedap dimakan dengan sambal kicap + nasi panas...

0 comments: