Wednesday, August 6, 2008

Ikan Patin Masak Lomak...

Jumaat lepas kami anak-beranak ke Tesco Kajang...cadangnya nak beli barang basah untuk dimasak selama seminggu... Alhamdulillah dengan Rm50 dapatla jugak beli Ayam seekor, Ikan Patin and Ikan Merah.. Yang paling seronok bila dapat beli ikan patin yang panjangnya satu pembaris (1ft) dengan hanya RM1.50.. Murahkan? Alhamdulillah..

So Ahad me masak la Ikan Patin Masak Lomak.. Resepinya me tengok dalam majalah RASA.

Bahan2nya adalah:
  • Daun kunyit ---> Dipotong halus2
  • Serai ---> Diketuk
  • Kunyit Hidup + Cili Padi ---> Ditumbuk
  • Santan
  • Air
  • Ikan Patin yang dibasuh dahulu dengan air asam
Cara2nya pulak:

Bahan yang ditumbuk dimasukkan dalam periuk berisi air bersama dengan daun kunyit dan serai...Bila mendidih masukkan pula santan dan kacau. Pastikan apinya kecik untuk elakkan pecah santan. Then bila dah rasa garamnya..masukkan ikan... (jangan kacau sangat ikannya...takut ikan jadi hancur) .. bila ikan dah masak..tutup api..sedia untuk dimakan.

Senangkan? actually masak lemak ni ada pelbagai cara..bergantung kepada asal usul masak lemak tu....ada yang pakai bawang..ada yang idak..ada yang tumis dulu..ada yang rebus terus.. yang pasti hasilnya sedap..so tepuk dada tanya selera..resepi mana yang nak dicuba... salamz...


0 comments: