Friday, November 7, 2008

Udang Goreng Paprik...

Again dari MyResepi... tapi telah ditambah and ubah.....last2 rasanya macam paprik. Bezanya tak pedas sebab cili padi takdak. Anyway...

Bahan2nya:

Udang yang perap sekejap dengan kunyit + garam ---> digoreng and diketepikan
Bawang merah, bawang putih + halia ----> bahan tumis
Baby Corn
Sos tiram
Sos Cili
Kicap
Daun limau

Cara2nya :

Tumis bahan tumis
Masukkan semua bahan kecuali udang
Rasakan garamnya
Masukkan udang
Masukkan daun limau
Masak sebentar
Tutup api

Thursday, November 6, 2008

Sotong Goreng Tomyam...


Seperti biasa, me try resepi dari MyResepi untuk masak dinner. Alhamdulillah En. Amin kata sedap and boleh buat lagi... (bukan senang nak dengar En. Amin puji kata OK tau..;p).


Bahan2nya:
  • Bawang merah, bawang putih, halia + cili padi (semuanya dihiris) ---> bahan tumis
  • 2 batang serai yang diketuk
  • 4 ekor sotong
  • 2 helai Daun limau
  • Sos Tiram satu sudu besar
  • 1/2 Kiub Tomyam
  • Lobak, kubis bunga & baby corn

Cara2nya:
  • Tumis bahan sampai naik bau
  • Masukkan serai
  • Masukkan sos tiram dan kiub tomyam
  • Masukkan sayur and masak until empuk
  • Masukkan sotong dan masak until empuk
  • Rasa garam
  • Masukkan daun limau
  • Kacau sebentar dan tutup api

Puding Kek Impian....


ops...nama pun ada macam drama TV la pulak..

Actually me tak tahu nak letak nama apa so me letak la nama Puding Kek Impian sempena ingin memenuhi impian Along Nor makan puding ni.

Aritu Along Nor ada bagitahu tak puas makan puding yang me buat masa open house umah dia..so disebabkan ada kek marble kat umah... (and sebab malam tadi tak masak sebab makan rendang ayam kat umah Along Nor) , sempat la me buat puding idaman ni untuk sepupu kesayangan.

Cara-caranya sama macam buat Puding Aidilfitri bezanya kali ni me pakai kek marble n perasa coklat + nescafe.... Alhamdulillah, seronok dapat memenuhi impian Along Nor and nengok Along Nor beria-ia makan masa sarapan pagi tadi.

Wednesday, November 5, 2008

Puding Coklat Cocktail...


Cara2 buat Puding:
  • Satu bahagian air + 3 bahagian tepung kastad + gula secukup rasa + serbuk koko ---> di blend (untuk elakkan tepung berketul).
  • Masak atas api yang kecil hingga pekat
  • Masukkan dalam bekas
  • Sejukkan

Cara2 buat kuah :
  • Satu tin sus cair + satu tin air + gula secukup rasa + satu sudu kecik esen vanilla + 1 sudu besar tepung kastad ---> dimasukkan ke dalam periuk
  • Masak until menggelegak
  • Sejukkan

Cara Hidang :
  • Keluarkan puding
  • Letakkan buah2 coktail
  • Tuang kuah

Senangkan..? Makanan ni memang fevret me dari kecik sampai sekarang...

Actually puding ni adalah permintaan dari my anak buah --> Abang Ngah. Yang sedeynya masa nak buat tu me discovered yang tepung kastard tinggal sikit..so me dapat buat sikit ajalah... jadilah ye Abang Ngah untuk hilangkan rasa mengidam tu...

" sorry ye Abang Ngah, nanti next time Mak Long buat banyak2 untuk Abang Ngah..."



Tuesday, November 4, 2008

Ikan Singgang Serani...


Semalam me masak Ikan Singgang Serani. Amik resepi dr MyResepi.. resepinya sedap and tak rugi me try...

Bahan2 Tumis --> ditumbuk separa halus:
  • Bawang kecik 4 biji
  • Bawang Putih 2 ulas
  • Kunyit hidup, halia & lengkuas setiap satu 1/2 inci

Bahan2 lain:
  • Ikan kembung 2 ekor dipotong 2
  • Serai 2 batang diketuk
  • Air asam jawa

Cara2:
  • Tumis bahan tumis sampai naik bau
  • Masukkan air asam & serai..biarkan menggelegak
  • Masukkan bunga kantan & ikan
  • Letak garam & gula secukup rasa
  • Makan dengan nasi panas

Sunday, November 2, 2008

Ayam Masak Ungkep...



Masa mengemas dapur, terjumpa resepi Ayam Masak Ungkep. Masakan ni adalah masakn jawa yang mula diperkenalkan oleh Syem (Shamsiah Sarkawi) lebih kurang 8 tahun yang lepas. Last time masak masa raya haji tahun lepas. Disebabkan bahan semua ada...so layanz..

Bahan2 :
  • Ayam 4 ketul yang diperap dengan garan dan kunyit
  • Serai 2 batang yang diketuk
  • Air ikut kepekatan yang disukai
Bahan2 Kisar :
  • Bawang besar 1 labu
  • Bawang putih 5 ulas
  • Halia 1 inci
  • Kunyit hidup 1 inci
  • Cili padi sepuluh biji ( atau ikut pedas mana yang nak)
Bahan Tumis: Halia 1 inci yang dihiris halus


Cara2nya:
  • Tumis halia hingga garing
  • Masukkan bahan kisar dan masak hingga naik minyak
  • Masukkan ayam (biarkan 2-3 minit)
  • Masukkan serai dan air
  • Letakkan garam secukup rasa
  • Tutup dengan penutup kuali
  • Kacau sekali-sekala
  • Masak sehingga pekat (ala-rendang gitu)
  • Bila kepekatan dan rasa dah memuaskan, tutup api dan boleh la dimakan dengan nasi panas...








Sup Cendawan & Sayur Campur...


Seperti biasa hujung minggu adalah soup time... untuk sapa lagi kan....untuk dearie Alya la kan.. kali ni me masak sup cendawan + sayur campur. Resepi takyah la nak tulis kat sini ek... cara sama jer masak sup..bezanya letak cendawan and segala sayur2 campur.


Tuesday, October 28, 2008

Agar-agar Roti Berkastad...

Disebabkan roti ada lebih dan rasanya akan dibiar membazir, me pun mengeksperimen dengan menjadikannya salah satu bahan untuk agar-agar. Namanya Agar-agar Roti Berkastad.
Bahan2nya:
  • Agar-agar kering - 40g
  • Gula - ikut kemanisan yang disukai
  • Roti yang dicarik2
  • Susu cair satu tin
  • Susu segar 200ml
  • Telur sebiji
  • Tepung kastad 2 sudu besar
  • Esen Vanilla 1 sudu kecil

Cara2nya :
  • Masak agar2 dengan air
  • Pada masa yang sama blend telur + susu + esen vanilla + gula
  • Apabila agar2 telah larut, masukkan bahan2 yang telah diblend tadi
  • Tunggu hingga menggelegak, masukkan roti
  • Bahagikan kepada 3 bahagian
  • 1 bahagian di letakkan pewarna merah, 1 bahagian pewarna hijau
  • Masukkan campuran warna original ke dalam loyang yang telah dibasuh dengan air
  • Selang selikan dengan campuran bewarna merah dan hijau
  • Biarkan sejuk
  • Sedia untuk dimakan...

Monday, October 27, 2008

Daging Masak Lada Hitam Bergajus...

Tetiba today me terasa nak makan daging black pepper tapi ala letak cili kering and gajus... so terciptalah masakan Daging Masak Lada Hitam Bergajus ni... resepinya me taram aja.. asalkan sedap dan tak sakit perut..kira halal aja la....

Bahan2nya :
  • daging- diperap bersama dengan lada hitam, garam dan lada putih
  • lada hitam
  • bawang merah hiris + bawang putih ---> bahan tumis
  • bawang merah ---> dipotong bulat
  • cili kering ---> dipotong satu inci panjang
  • gajus ---> digoreng (Me beli yang dah siap panggang punya..)
  • sos tiram
  • daun sup + daun bawang (ni me tak letak)
Cara2nya:
  • goreng cili kering sekejap dan ketepikan
  • tumis bahan tumis sampai naik bau
  • masukkan daging dan goreng sehingga empuk
  • masukkan 2 sudu besar sos tiram + sedikit lada hitam
  • masukkan cili kering + gajus + bawang merah
  • sedikit garam & gula
  • (masukkan daun sup + bawang)
  • tutup api and sdia untuk dimakan
apalagi u-ols..meh la try....














Friday, October 10, 2008

Puding Aidilfitri....

Wah...nama pun raya..so letakla namanya Puding Aidilfitri... relevannya? Sebab dibuat untuk bagi kat Along Nor for open house malam ni... since tema umahnya Pink & Putih, me pun guna the same tema... meh la try....

Bahan2nya:

Bahan A
  • Kek Coklat and Strawberi (kek ni Mak bekalkan dari JB)

Bahan B
  • Agar2 bungkus
  • Tepung kastard 2 sudu besar
  • Gula pasir
  • Esen Vanila satu sudu kecik
  • Satu tin susu cair

Bahan C
  • Agar2 bungkus
  • Susu cair satu tin
  • Pewarna merah
  • Gula pasir

Cara2nya
  • Bahan A dipotong kecik2 and disusun berselang seli pada dasar loyang
  • Masak Bahan B dan tuang ke atas kek sampai aras kek
  • Biarkan sejuk
  • Masak Bahan C dan tuangkan atas Bahan B
  • Biarkan sejuk
  • Potong dan hidangkan

Friday, September 26, 2008

Salam Lebaran...

Ikhlas dari kami sekeluarga:

Aminudin Zamri
Fadzilayaty Ramli
Ain Fadzila Alya Aminudin



Monday, September 22, 2008

Udang Goreng Aja...

Semalam got to go to the office to start my Report for PAE... as per mentioned before..Sabtu & Ahad if takda agenda me has to cook.. so semalam me cooked..

This time me masak very simple one (always yang simple and sempoi aja kan...? wehere got yang susah2...) : Sotong Masak Tauchu. Why?

1- sebab ada stok sotong (3 ekor la tapi..)
2-sebab En. Amin loves it
3- sebab senang bangat!!!

Resepi adalah seperti previous post.

Dek kerana the sotong so sikit and memang tak cukup..me goreng la udang.. memula nak buat gak udang goreng kunyit..tapi by the time udang siap digoreng..dah nak berbuka.. so cancel... makan Udang Goreng aja (without the bahan2 for udang goreng kunyit). Layan....

*sorry gambar takda.. takat gaul udang ngan garam n kunyit aja.. so u-ols sure tahu how it looks like kan...?*wink*

Thursday, September 11, 2008

Puding Triffle...

Sabtu lepas pakat berbuka kat umah Along Nor..dek sebab Along Nor dah masak main dish..me pun prepare la dessert.. kali ni me amik resepi dari Majalah RASA.. actually tang puding castardnya aja yang me amik resepinya...

Sebab bulan posa, tak boleh nak rasa..me ikut resepi bulat2 .....so bila ikut resepi tu terasa sesangat manisnya (me ni tak kuat masin n manis). So after this kena kurangkan gula tu dari 300grm ke 200grm..

Puding ni ada 3 lapisan:

a) Lapisan bawah : Kek gulung (swiss Roll) --> me guna perasa kopi

b) Lapisan atas : buah koktel & Agar2 paket NONA (tinggal bancuh dengan air panas sahaja)

c) Lapisan Tengah : Puding castard
  • 2 biji telur
  • 1000ml susu
  • 140grm tepung castard
  • 300grm gula --> next time pakai 200grm dah cukup manis
  • satu sudu teh esen vanila
  • Bahagikan susu kepada dua bahagian. Satu bahagian masak atas api bersama dengan gula. Satu bahagian lagi dicampurkan dengan semua bahan diatas- dikacau rata (me guna blender supaya tak berketul) - dimasukkan ke dalam bahagian pertama. Masak sehingga pekat.

Cara2 nak buat lapisan:

Potong kek gulung dan susun pada dasar bekas. Bekas kalau boleh yang lutsinar supaya nampak lapisan triffle. Kemudian letak puding castard. Taburkan buah koktel. Letakkan lapisan agar-agar Nona. Sejukkan. Bila nak makan ceduk sampai ke dasar..

Selamat Berbuka...!!!

Sotong Masak Tauchu...

Ahad lepas me masak Tauchu.. actually teringin nak makan tauchu Restoren Phi-Phi yang depan umah tu.. tapi sebab tamak nak makan banyak..(ops.... nafsu makan tu...ekekek) me decided to masak sendiri... Alhamdulillah rasanya sama.. and puas makan..sampai leh ratah-ratah... En. Amin pun kata sedap.. so next time leh la makan lauk ni lagi :p

Bahan-bahannya:
  • Sotong 5 ekor ---> potong ikut kehendak hati
  • Bawang merah + bawang putih + halia --> bahan tumis
  • Sebiji cili hijau --> belah dua
  • Cili padi ---> dipotong2. ...kuantiti ikut sesedap rasa pedas
  • Satu sudu sos tiram
  • Satu keping asam keping
  • Tiga sudu besar tauchu---> dibasuh
Cara-caranya:
  • Tumis bahan tumis dalam periuk
  • Masukkan semua bahan di atas
  • Tutup periuk dengan penutup periuk
  • Bila tengok sotong dah masak, tutup api..
  • Sedia untuk dimakan

Selamat Berbuka....!!!

Friday, September 5, 2008

Cuti Dibatalkan...

aiyo... konon nak gantung kuali...tapi En. Amin soh masak...especially Sabtu and Ahad.. ekekek cuti terpaksa dibatalkan...

So first Ramadhan..me masak la jugak.. tapi lauk sempoi aja... second Ramadhan Along Nor bagi rendang daging + paru.., third Ramadhan oleh kerana me ke PBLT ada tender review..and kat belakang tu ada Beriani Anje.. so layanla beriani ayam.. semalam - fourth Ramadhan Along Nor bagi spagheti....

Alhamdulillah.. untung hantar Alya ke umah Along macam ni la...selalu dapat makan makanan sedap2 dari Along Nor... terubat gak rindu nak makan masakan mak... banyak pahala Along bagi orang makan berbuka....thanks Along... nanti Yatie masak desserts bagi kat Along ye...

Harap2 today takla hujan seperti hari2 sebelumnya... boleh la me ke pasar Ramadhan untuk mencari kuih-muih and lauk-pauk idaman... tapi esok takda chance nak ponteng masak.. nak masak apa yer esok...?

Wednesday, August 27, 2008

Cuti Masak...

Aisey..lama tul tak update...

me dah cuti masak sebenarnya... ada masalah sikit... so akan start masak semula lepas Raya...

aik..apasal lama sangat eh..? Sebab time posa En. Amin suka mencuba segala masakan yang dijual di pasar Ramadhan.. so dia confius nak soh me masak apa.... kang penat aja me masak..dia teringin nak makan benda lain.. so last2 membazir...

So dalam bulan posa ni maybe me akan buat kuih-muih aja kut... agar2 ker..apa ke..so tunggu aja la yek...

Salam Ramadhan...

Thursday, August 14, 2008

Ayam Goreng Kunyit...

Semalam me tanya Bibik macam mana nak masak Ayam Goreng Kunyit.....rupanya sempoi aja... so apalagi malam tadi.....Ayam Goreng Kunyit satu!!! Thanks yer Bik... nanti akak mintak resepi lain pulak....

Bahan2nya:
  • Ayam ----> dipotong kecik
  • Bawang besar --> potong bulat
  • Cili merah + cili padi --> dipotong
  • Kunyit hidup
  • Garam
  • Bawang putih --> diketuk
  • Kacang panjang (me guna kobis bunga)
Cara2nya pulak:
  • Ayam diperapkan sebentar dengan kunyit hidup and garam
  • Goreng ayam hingga garing dan ketepikan
  • Tumis bawang putih hingga naik bau
  • Masukkan kunyit hidup sedikit dan semua bahan di atas kecuali ayam yang dah digoreng
  • Masukkan sedikit air (untuk sesapa nak ala-ala basah sikit)
  • Bila sayur dah empuk, masukkan ayam
  • Rasa garamnya
  • Tutup api
Sempoi aja kan..?

Alhamdulillah dah post yang ke 30 ... kira cukupla resepi untuk sebulan kan..?

Wednesday, August 13, 2008

Ayam Goreng Berempah...

Bila dah masak Jangan Bening Kubis..kena la makan dengan makanan bergoreng..so Ayam Goreng Berempah la jawabnya:
  • Tumbuk halus kunyit hidup + garam+ ketumbar + jintan manis
  • Perap ayam dengan bahan2 yang ditumbuk seketika
  • Panaskan minyak
  • Goreng seperti biasa
Sedap dicicah dengan sambal kicap dan makan bersama nasi panas...

Jangan Bening Kubis...

Jangan yang dimaksudkan tu bukan NO.. tapi itu bahasa jawa untuk sayur (menurut kata En. Amin la...). Seumur hidup me selalunya bila memasak sayur kena tumis dulu..(walaupun sayurnya berkuah) tapi bila dah masuk keluarga keturunan Jawa Pure (me pun Jawa gak..tapi mixed..bukan 100% Jawa).. sedikit sebanyak..terpaksala ikut gak cara nak memasak... tapi masakan bening ni very sempoi...so layaaaaaaaaan..

Bahan2nya:
  • Jangan kubis
  • Cili merah
  • Udang kering + Bawang Merah + Bawang Putih ---> ditumbuk
  • Garam
  • Air
Cara2nya:

Masukkan semua bahan tumbuk dahulu dengan air dalam periuk. Bila dah mendidih, masukkan jangan kubis dan cili merah. Kacau dan rasa garamnya. Tutup api. Makan..

Sempoiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii....

Tuesday, August 12, 2008

Sotong Masak Itam...

Balik dari kenduri kawen Arief...terus bukak peti ais...tengok ada sotong... terus terpikir Sotong Masak Itam... bendanya pun tak pedas, Alya pun boleh makan.... dan Alhamdulillah beria2 budak kecik tu makan...*Mama masak sedap yer sayang..?*ekekeke...sendiri perasan....

Bahan2nya:
  • Sotong yang dah dibersihkan. Tinggalkan seekor sotong bersama dakwatnya ---> untuk dapatkan warna hitam
  • Cili hijau dipotong dua
  • Bawang merah + bawang putih + halia ---> bahan tumis
  • Asam keping
  • Lada hitam
  • Daun limau purut
  • Bawang besar potong bulat
Cara2nya:
  • Tumis bahan tumis until naik bau
  • Masukkan semua bahan2 di atas kecuali daun limau purut
  • Rasa garamnya
  • Bila sotong dah empuk..masukkan daun limau purut
  • Tutup api

Sempoi kan..?

Puding Sagu Gula Melaka...

Actually dah lama nak buat puding ni..semenjak jumpa dalam rumah Kak Ummi aritu... so sabtu lepas me rajin2kan diri buat...

Bahan2 Puding :
  • Daun pandan di blend and tapis --> ambil airnya
  • Santan
  • Garam
  • Gula
  • Sagu

Cara2nya:

Masak kesemua bahan tersebut di atas. Bila dah jernih biji sagunya... angkat and lalukan bawah air untuk buang kanjinya. Masukkan dalam bekas. Masukkan dalam peti sejuk.

Kuahnya: air gula melaka & susu cair...

Sambal Belacan...

Sambal belacan ni makan ngan Ayam Pongteh... sempoi aja nak buat:

Cili merah + gula + belacan yang dah dibakar ---> ditumbuk
Perahkan limau ...


Ayam Pongteh...

Got this resepi dari blog Izreen ... thanks Izreen..

Actually me tak pernah dengar pun masakan ni.. tapi me try gak buat... Alhamdulillah sedap... so next time leh buat lagi...

Dapat tahu dari Izreen that masakan ni adalah masakan peranakan... maksudnya masakan Baba & Nyonya... so apa lagi u-ols..... jom la cuba...

Bahan2nya:
  • Ayam yang dipotong ikut saiz yang nak ---> digoreng until brownish
  • Bawang merah + bawang putih + halia ---> bahan tumis
  • Taucu satu sudu besar
  • Gulu merah satu sudu besar
  • Lada hitam
  • Kentang dipotong bulat
Cara2nya:
  • Tumis bahan tumis dalam periuk until naik bau
  • Masukkan gula merah + taucu and kacau sebentar
  • Masukkan air (ikut kepekatan yang dikehendaki)
  • Masukkan lada hitam
  • Masukkan ayam dan kentang
  • Tutup periuk and tunggu kentang empuk
  • Bila dah rasa and puas ati boleh tutup api..

Makan dengan sambal belacan ... yummeh!!!

Saturday, August 9, 2008

Ikan Merah Masak Asam Garam....

Semalam Mak kol..

Dia sekarang hobinya baca Resepi dari Seberang (Indonesia)... Oleh kerna asik dengar masak asam garam aja dari sinetron Cinderella..dia pun nak mengkaji la...rupa-rupanya nama Malaysianya : masak asam pedas.. bezanya ada tambah buah keras ngan lada hitam...

So me pun mintakla resepinya...

Bahan2nya adalah :
  • bawang merah + bawang putih + halia ---> bahan tumis
  • kunyit hidup + lengkuas ----> ditumbuk
  • cili kisar
  • belacan
  • lada hitam
  • serai ---> diketuk
  • daun kesum
  • bunga kantan ---> dibelah 2
  • ikan merah
  • garam
  • gula
  • air asam jawa
  • buah keras (* me gantikan dengan dua sudu santan)
Cara-caranya:
  • Tumis bahan tumis until naik bau
  • Masukkan cili kisar + kunyit hidup + lengkuas and masak hingga pecah minyak
  • Masukkan belacan
  • Masukkan bahan2 lain kecuali ikan
  • Bila dah mendidih masukkan ikan
  • Rasa asam garamnya
  • Tunggu ikan masak
  • Tutup api

Enak dimakan dengan nasi hangat dan ikan masin.... mari cubaan dong...*wink*..

Friday, August 8, 2008

Crispy Kerisi Goreng...

Semalam lepas balik dari meeting kat Maju Tower..rasa penat yang amat sangat...mana taknya..meredah hujan renyai2 (yuhoooo.....main hujan) sejauh 100m (approx.) dari stesen komuter Jln. Sultan Ismail ke tempat meeting... adeh!!!

Oleh kerana lauk gulai ikan masin nenas ada lebih (memang sengaja buat lebih), me goreng aja ikan kerisi and buat sambal kicap (p/s: resepi sambal kicap as per previous entry). Sekali sekala makan ikan goreng pun sodap..

Bahan2 perap ikan:
  • Jintan Manis
  • Ketumbar
  • Kunyit hidup
  • Garam

Cara2nya:

Semua bahan di atas ditumbuk dan diperap dengan ikan sebelum digoreng. Make sure goreng dengan minyak yang betul2 panas (tapi api kecik) untuk dapatkan effect crispy yang sebenar...

Sedap dimakan dengan sambal kicap + nasi panas...

Gulai Ikan Masin Nenas...

Haritu me masak Gulai Ikan Masin Nenas... (baki nenas masih ada..so kena la carik resepi berunsurkan nenas). One of my fevret dish... lama tul tak makan...

Bahan2nya:
  • Bawang merah + bawang putih + halia ---> bahan tumis
  • Santan
  • Ikan sepat masin yang telah dibasuh
  • Nenas ---> dipotong nipis
  • Daun kunyit ---> dipotong halus
  • Serai ---> ditumbuk
  • Cili kisar satu sudu
  • Kunyit hidup ---> ditumbuk
Cara2nya:
  • Tumiskan bahan tumis dalam periuk sampai naik bau
  • Masukkan cili kisar + kunyit hidup and masak sampai pecah minyak
  • Masukkan air (sesuaikan dengan banyak kuah yang kita nak)
  • Masukkan daun kunyit + serai + nenas ke dalam periuk
  • Bila dah mendidih masukkan pulak santan
  • Sedikit gula + garam
  • Masukkan ikan masin..
  • Masak sampai ikan masin jadi lembut
  • Rasa & jika dah puas hati...tutup api
Ni resepi me tanya Cik Taksiah (my dearest Mak)... tak sure resepi ni asalnya dari mana.. tapi yang pasti... yummeh!!!

Wednesday, August 6, 2008

Ayam Masak Merah....

Malam tadi me cadangnya nak masak la Ayam Masam Manis..tapi disebabkan masalah teknikal (terletak lebih cili) jadila pulak Ayam Masak Merah...Tak kisahla kan..? janji leh dimakan and kenyang... biasalah "saya budak baru belajar kalau salah tolong tunjukkan...eheheh".

Selalunya En. Amin la jadi pengkritik tetap..(ialah sapa lagi nak kritik...takan nak soh Alya kan..?)... and setiap kali makan ada jerla kritikannya.. terpedas sangat la..tak pekat la.. itu la..ini la.. Susahkan masakkan untuk orang yang tahu masak.. ada jerla yang tak sama ngan tekak dia... takat yang me dah masak banyak2 ni rasanya tak sampai 5 jari pun jika nak dikira masakan yang dia kata sedap... ada jerla yang tak betulnya... kadang2 sedey gak *sigh*..

Anyway takpalah kan.. tak yah nak emo2...tak sedap pun tak sedap..practice makes perfect..lama2 tu sedap la kut...hahahahah (nak jaga hati sendiri)...

oklah enuf bebel'ling... kang lupalak nak bagitahu bahan2nya..:
  • ayam dipotong kecik ---> digoreng
  • sos cili + sos Tomato + kicap cair
  • cili kisar
  • bawang merah + bawang kecik + halia ----> bahan tumis
  • cili padi --> hiris nipis
  • nenas
  • tomato dipotong dadu
Cara2nya:
  • Panaskan api dan tumis bahan tumis sampai naik bau.
  • Masukkan cili kisar and masak until pecah minyak.
  • Masukkan segala sos and kicap cair.
  • Masukkan garam and gula.
  • Masukkan nenas, tomato and cili padi.
  • Masukkan ayam yang siap digoreng.
  • Kacau rata.
  • Tunggu menggelegak.
  • Tutup api.
  • Hidang and makan...

Ikan Patin Masak Lomak...

Jumaat lepas kami anak-beranak ke Tesco Kajang...cadangnya nak beli barang basah untuk dimasak selama seminggu... Alhamdulillah dengan Rm50 dapatla jugak beli Ayam seekor, Ikan Patin and Ikan Merah.. Yang paling seronok bila dapat beli ikan patin yang panjangnya satu pembaris (1ft) dengan hanya RM1.50.. Murahkan? Alhamdulillah..

So Ahad me masak la Ikan Patin Masak Lomak.. Resepinya me tengok dalam majalah RASA.

Bahan2nya adalah:
  • Daun kunyit ---> Dipotong halus2
  • Serai ---> Diketuk
  • Kunyit Hidup + Cili Padi ---> Ditumbuk
  • Santan
  • Air
  • Ikan Patin yang dibasuh dahulu dengan air asam
Cara2nya pulak:

Bahan yang ditumbuk dimasukkan dalam periuk berisi air bersama dengan daun kunyit dan serai...Bila mendidih masukkan pula santan dan kacau. Pastikan apinya kecik untuk elakkan pecah santan. Then bila dah rasa garamnya..masukkan ikan... (jangan kacau sangat ikannya...takut ikan jadi hancur) .. bila ikan dah masak..tutup api..sedia untuk dimakan.

Senangkan? actually masak lemak ni ada pelbagai cara..bergantung kepada asal usul masak lemak tu....ada yang pakai bawang..ada yang idak..ada yang tumis dulu..ada yang rebus terus.. yang pasti hasilnya sedap..so tepuk dada tanya selera..resepi mana yang nak dicuba... salamz...


Tuesday, August 5, 2008

Soto Ayam Ala Bali....

Sabtu sebab Alya ada rumah..kenala me masak yang ala-ala sup aja...budak kecik ni hantu sup.... so bukak2 majalah Rasa jumpalah resepi ni...so simple...meh kita layannnnnnnz.......

Bahan-bahan...:
  • Ayam dipotong kecik dan direnih dengan air --> stok ayam
  • Kentang and lobak merah dipotong dadu...
  • Ketumbar + jintan manis (dedua ditumbuk), bawang besar potong dadu, kayu manis, bunga cengkih and buah pelaga ---> bahan tumis
  • Nasi Impit Nona atau Adabi
Cara-caranya...:

Tumis bahan tumis...bila dah naik bau..masukkan kentang and lobak and masak sampai empuk... bila dah empuk..masukkan bahan2 tersebut dalam stok ayam.. rasa garamnya...and tunggu mendiudih tutup api..

Makan bersama nasi impit dan sambal kicap... senangkan? lagi senang dari soto original... meh la try...

Friday, August 1, 2008

Ayam Masak Paprik..,,,

Bila jengok2 blog Kak Ummi nampak la Ayam Paprik dia.. bila tengok bahan semua ada..so tryla buat... rasanya mine tak berapa jadi (kut terletak lebih limau kut so jadi ala-ala over masam la pulak..) anyway.. yang penting habis dimakan and Alhamdulillah kenyang... takpa..practice makes perfect kan..? nanti kita cuba lagi...kan?

Basically bahan2nya adalah:

  • bawang merah + bawang putih + serai ----> bahan tumis
  • ayam, carrot, bawang besar
  • sos tomato, sos cili, sos tiram + kicap
  • daun limau purut
  • jus limau

Nak masak pulak:

  • tumis bahan tumis
  • masukkan semua bahan lain kecuali jus limau and daun limau
  • bila dah mendidih masukkan jus limau
  • masukkan daun limau purut
  • tutup api

Wednesday, July 30, 2008

Agar-agar Santan Gula Melaka...

Semalam me mintak resepi dari my dearest Bibik yang bearda di opis JB...(untuk sapa2 yang tak tahu..Bibik ni adik angkat kesayangan.. sebab apa me panggil Bibik? ...ops.. biarlah rahsia... - ala2 jawapan Datin CT lak..ahaks)...

Kononnya nak buat agar2 yang ada dua warna tu...santan ngan gula melaka... tapi sedeynya tak jadi... jadi satu warna aja... ni kena buat post mortem ni...

Anyway..walaupun satu warna..ada yang kata sedap tau.. so don't judge an agar2 by its looks OK.. *wink*

So since tak berapa menjadik.. takyah la tulis resepinya..tunggu me try sampai jadi baru bagitahu yer...InsyaAllah...

Pasta Bolognese Goreng...

Malam tadi me goreng pasta aja... selalu orang goreng mee... tapi sebab me ada stok pasta..goreng pasta la jawabnya.. me guna sikit sos pasta bolognese... (untuk spagheti bolognese patutnya) ..so jadila Pasta Bolognese Goreng... hantam sajalah kan..?

Masaknya sama macam masak mee goreng... bezanya ada sos pasta..n me guna sosej beserta kubis bunga and brokoli.... Alhamdulillah cukup untuk bawak sarapan harini....

Tuesday, July 29, 2008

Ikan Masak Singgang Pedas...

Semalam me jengah blog Kak Umi... geledah punya geledah terjumpa la resepi ni... Ikan Singgang Berempah. Dek kerana ada item2 yang tak ada.. so me punya jadilah Ikan Singgang Pedas.. ekeke bak kata Kak Ummi tu: layaaaaaaaaan... TQ yer Kak Ummi.

Bahan2nya adalah :
  • Ikan
  • Tomato --> Dibelah dua
  • Serai --> dititik
  • Air asam jawa
  • Kiub ikan bilis MAGGI (optional)
  • Bahan yang ditumbuk : bawang merah, bawang putih, halia, kunyit hidup, lengkuas, cili padi, jintan manis & lada hitam
Nak masak pulak:

tumiskan bahan yang ditumbuk, bila naik bau masukkan serai and air ikut suka.. masukkan air asam jawa + kiub ikan bilis. Bila dah mendidih masukkan ikan na masak guna api medium. masukkan tomato and rasakan garam. Leh lah tutup api and hidangkan...

Lauknya rasa masam-masam pedas... lagi best if makan ngan ikan masin..masyuuuuuukkk!!!

Kek Batik ....

Bila teringat ada lagi baki biskut marie kat umah tu.. susu pekat.. telor ..serbuk koko.. me pun ingat nak buat Kek Batik and bagi kat Along Nor (nak pulangkan tupperware sebenarnya .... dah orang berbudi.. kena la berbahasa.. ye tak?). Alhamdulillah Along Nor suka..fevret dia katanya... Alya pun suka... En. Amin jer tak suka... tak kisah la kan.. yang penting me suka...

Ni lagi satu resepi yang me cilok dari Kak Ummii : Kek Marie Batik . Full resepi leh amik kat link dia ye.

My Kek Batik ni lembut sikit sebab instead of 3/4 susu pekat me letak the whole tin.. maleh nak simpan susu yang baki tu..(takda space --> peti ais kecik le). So bila lembut..potong nampak tak lawa sangat... If gi kat Kak Ummi punya blog tu..lawa jer dia punya Kek batik..jeles tau... Anyway..TQ yer Kak Ummi...



Monday, July 28, 2008

Sambal Asam Jawa...

Sambal Asam Jawa... me dapat ideanya dari majalah RASA... tapi masa masak main ikut suka sampai tertambah apa yang tak perlu..and terkurang apa yang perlu.. so lastnya jadi resepi sendiri...

  1. cili padi + ikan bilis ---> ditumbuk
  2. tumiskan bahan yang ditumbuk...
  3. perahkan air asam jawa
  4. masukkan taucu satu sudu
  5. masak sambal sampai pekat
  6. siap untuk dimakan...
Resepi asalnya kena tambah belacan and takda taucu... pssst: actually bukan saja2 nak tukar resepi asal..tapi me terlupa...ehehehe - sowy...

En. Amin kata " sedap..leh buat lagi ni..." .... Alhamdulillah..

Sambal ni sedap dimakan dengan benda goreng2 sebab rasanya ala-ala masam masin sikit...




Ayam Masak Tomyam...

Semalam me masak Tomyam ngan sambal asam jawa aja... masakan orang malas...ehehehe.. malas2 pun sebenarnya makanan ni ada leceh sikit.....semua bahan nak kena potong2...

Rasanya semua dah tahu macam mana nak masak tomyam ni kan..? so me takyah la tulis... semua bahan2 nya (ayam + sayur+ serai + bawang+ pes tomyam + daun limau purut + cili api) masuk dalam periuk and masak... better masuk sayur lambat sikit nanti overcook, jadi benyek la pulak.. daun limau purut lak masuk last supaya tak pahit...


Thursday, July 24, 2008

Sambal Sardin...

Malam tadi terasa males nak masak yang heavy.. memula nak masak kempra.....tapi bila pikir leh makan dengan roti esoknya untuk sarapan (if sambal ni tak habis) .... me decided to masak sambal sardin ... ada orang boleh makan macam tu aja .. tapi me still masak macam masak lauk biasa..

Bahan2 yang me sediakan adalah:
  • kentang 2 biji di potong bulat
  • sardin 1 tin
  • air asam jawa
  • belacan yang dibakar
  • bawang potong bulat
  • cili kisar
  • bawang merah + bawang putih + halia --> bahan tumis
  • cili merah dipotong dua
Lepas maghrib me pun mula la masak...tumis kan bahan tumis..bila naik bauk masukkan cili kisar..bila cili dah masak masukkan belacan...dan kemudian air asam jawa...masukkan kentang..tunggu until kentang empuk..baru masukkan sardin + bawang + cili merah...masak seperti biasa.... dah masak..tutup api.. makan..

Alya pun suka sardin ni..tapi untuk dia me basuh dulu .. bagi dia makan sardin aja... *wink*

Tuesday, July 22, 2008

Ayam Masak Kicap Blackpaper..

Barang kat dapur banyak yang dah habis..so takda choice..me masak la Ayam Masak Kicap Blackpaper... tapi kali ni me tambah sekali lobak merah dan kubis bunga.. (malas nak masak sayur asing....kira 2+1 la ni...)

So bahan2 yang me gunakan:
  • ayam dipotong kecik dan perap sekejap dengan blackpaper + garam
  • bawang merah + bawang putih + halia dikisar --> bahan tumis
  • bawang besar dipotong bulat
  • air asam jawa
  • cili kisar
  • cili merah dibelah dua
  • kicap masin
  • lobak merah dan kubis bunga
  • bunga lawang + kayu manis
  • lada hitam (blackpaper)
Lepas dah digoreng ayamnya... panaskan minyak untuk menumis...tumis bahan tumis... tumis sekali bunga lawang + kayu manis...until naik bau... masukkan cili kisar until masak cilinya... then masukkan air asam jawa... masukkan kicap + blackpaper... masukkan sayur-sayuran n masak until empuk.. then masukkan ayam + bawang besar + cili merah... masak dan rasa garamnya... ready untuk dimakan....

Sunday, July 20, 2008

Bubur Jagung...

Minum petang harini En. Amin mintak buatkan Bubur Jagung... oleh sebab me nak ke opis lepas lunch..me buatkan terus pagi tadi... so petang kang tinggal makan aja...

Bahan2nya macam biasalah kan: jagung dalam tin, santan (me pakai santan kotak aja...if pakai santan asli lagi masyuuuuk), gula melaka & daun pandan..

Masak jagung tu dengan sedikit air..bila dah nampak air menggelegak..masukkan santan dan gula melaka... guna api yang kecik dan kacau hingga sebati..masukkan daun pandan.. dan rasa gulanya..if gula rasa kurang..tambah dengan gula pasir sahaja... kacau lagi..dan tutup api.. dah siap...

Selalunya me makan bubur ni dengan roti atau biskut kering......lazaaaaaaaat...try la..

Pasta Carbonara...

Pagi ni me masak pasta jer for brunch... 2+1.. selalunya memang tak masak sarapan sebab hari Ahad adalah hari bangun lambat for us sefamily ... so if me masak sarapan..sapalah pulak yang nak makan...

Pasta Carbonara ni adalah fevret Alya... dia suka sangat pasta ni.. and setiap kali kalau makan dia asyik duk cakap.. "Mama..besh (best).. dap (sedap).. " sambil tersengih... puas hati sebab tengok dia makan bersungguh-sungguh...

Nak masak pasta ni sangat la senang...bahan2nya ialah:

  • bawang merah + bawang putih + halia ---> bahan penumis (sepatutnya letak bawang putih sahaja...tapi sebab bahan penumis ni memang dah ready di blender, me pakai ajalah...)
  • lobak + brokoli ---> dipotong besar2
  • cendawan butang dipotong empat
  • blackpaper sosej (if pakai yang biasa pun OK)
  • sos carnonara
  • spiral pasta (nak bentuk lain pun takda masalah)

Cara nak masak lak:

tumis bahan penumis, bila dah naik bau, masukkan sosej n masak sebentar...masukkan segala sayuran...masukkan air sikit..tutup kuali until sayur2 empuk... bila dah OK..masukkan sos carbonara dan pasta...gaul sehingga rata... letak sedikit blackpaper ...rasakan garam dan gaul biar sebati...Alhamdulillah siap untuk dimakan...

Saturday, July 19, 2008

Ayam Masak Kari...

Semalam sampai jer kat umah Along me mintak jasa baik Abang Ngah carikan daun kari..terasa nak masak kari ... popadom pun ada tu kat umah... ok la kut... itu aja menu yang rasanya sesuai dengan bahan2 yang ada...

Sampai je kul 7pm kat rumah me terus sediakan bahan2:

  • Daun kari + bawang merah hiris + bunga lawang + kayu manis ---> bahan menumis
  • Air asam jawa + rempah kari ayam + bawang merah + halia + bawang putih ---> dijadikan pes dan di perap sekejap dengan ayam
  • Santan
  • Kentang

Lepas solat Maghrib baru me start masak...

Start tumis semua bahan2 menumis...bila dah naik bau..masukkan ayam yang telah diperap bersama2 dengan pes yang digunakan untuk perap...masukkan juga kentang..n dibiarkan ayam & kentang empuk... last sekali masukkan santan... rasakan garamnya..dan bila dah puas hati boleh tutup api dapur.... siap untuk dimakan....Alhamdulillah...

Wednesday, July 16, 2008

Sambal Udang Petai & Sayur Campur

Semalam, after amik Alya dari umah Along Nor..terpikir2 nak masak apa... dek sebabkan petai buat sambal goreng masih berbaki.. n udang pun ada me decided buat sambal petai udang...

Bahan2 macam biasa buat sambal.. bawang merah + bawang putih + halia diblend dan ditumis... masukkan cili kering yang dah diblend... lepastu masukkan udang + petai + bawang besar potong bulat + serai + asam keping... masak sehingga rasanya dah masak... letak garam dan gula sikit secukup rasa.. dan last sekali koyakkan daun limau purut..gaul bersama... dah siap...

Sayurnya me buat sayur goreng campur... itu takyah resepi kut...goreng macam biasa aja...

Esok nak masak apa pulak ye?

Monday, July 14, 2008

Sup Ayam...

Ahad adalah hari untuk masak lauk tak pedas..sebab apa..? sebab sekali untuk Alya... males la kan nak masak banyak2 lauk.. so me masak la sup ayam...

Sup ayam ni lain sikit sebab guna perencah sup tulang...ehehhe.. saja nak cuba benda baru..

Bahan tumis macam biasa (bawang merah + bawang putih + halia) n tumis selai kayu manis, bunya cengkih, etc.... lepas dah naik bau , masukkan air..masukkan sup bunjut tulang... masukkan ayam n kentang... biar empuk... n Alhamdulillah .. dah siap...

Untuk En. Amin yang suka benda pedas2.. me buatkan sambal kicap.. sambal kicap ni pun MIL yang ajar...

Cili padi + bawang goreng ditumbuk bersama.. then letak kicap... senangkan..? p/s: sebenarnya lagi sedap if cili padi tu digoreng dulu...

Masa nak hidang sup ayam, taburkan bawang goreng... (+ daun sup jika ada)...

Saturday, July 12, 2008

Sambal Goreng Jawa...

Sambal goreng jawa ni adalah menu kegemaran En. Amin.. resepinya me belajar dari MIL.. cuma kali ni rasa tak best sikit sebab tauhu + kobis takda.. kicap pun pakai kicap manis..patutnya pakai kicap masin baru lagi besssssssssssst...

Bahan-bahan:

  • Tempe + kentang --> digoreng (if ada tauhu pun kena goreng sama)
  • Bawang kecik + halia + bawang putih --> separuh dihiris halus & separuh diblend
  • Cili merah + petai + kulit tauhu ( yang dah direndam) dihiris halus
  • Suhun direndam
  • Air asam jawa
  • Kicap
  • Ikan bilis

Cara nak masak :

Tumis bahan2 yang diblend bersama ikan bilis...sampai naik bau , pastu masukkan semua bahan2 yang lain tu.. then masukkan air asam n kicap secukupnya... tambah garam jika perlu... and tadaaaaaaaaa dah siap..

Masaknya senang..yang lecehnya sebab banyak nak potong n goreng.. ari sabtu ahad boleh la buat... hari biasa... tak sempat...

Yang pasti penat2 berbaloi sebab licin dimakan... Alya pun suka...

Friday, July 11, 2008

Ayam Masak Lemak Cili Api Limau Purut....

Jumaat lepas waktu tengah hari..me drove to Giant Nilai ..beli barang dapur... mmahal gak harga ayam sekarng kan... ekekek baru perasan sebab lama tak beli..selalu makan yang dah siap dimasak aja...

Malam tu me memula nak masak rendang... tapi sebab lupa nak beli kerisik and lengkuas so menu bertukar ke Ayam Masak Lemak Cili Api Limau Purut...

Masaknya cukup senag..blend semua bahan (bawang merah + bawang putih + halia + kunyit hidup + cili padi) then masukkan dalam kuali... masukkan ayam + serai + asam keping ..and tutup kuali...masak sampai ayamnya empuk.. Lepastu masukkan santan... n daun limau purut yang dah disiat2... letak cili merah untuk bagi lawa... ... lepas dah rasa garamnya... tunggu menggelegak sikit..tutup api.. leh makan...

Senangkan..?

Thursday, July 10, 2008

Meh Start Masak...

Masa mula-mula kawen dulu..me rajin gak masak..tapi lepas dah setengah tahun tu jadi males la pulak.. males satu hal... tapi rasa membazir satu hal... lauk mesti ada yang terlebih and last sekali di-bakul sampah-kan... so akhirnya me ngan En. Amin decided to beli di kedai.. jimat masa and tenaga..

Then after 2 1/2 years bila SIL ngan Angah tinggal bersama kami..me masak semula... mana leh tahan beb... mahal if nak belanja makan untuk 4 orang..masa tu masak lebih menjimatkan.. until la me gave birth to Alya...

Lepas Alya dilahirkan and after SIL duk ngan Paman Yong + Angah kembali semula ke Jb, me mula balik agenda lama... makan / beli di kedai... until la yesterday...

Ntah kenapa tetiba rasa nak masak semula.. may be jemu dengan makanan luar... + nak jimatkan belanja dapur...since En Amin pun tak kisah apa nak dimakan.. (selalunya me la yang cerewet..nak kari la..masak lemak la...) me rasa OK kut masak.... walaupun makan around 10.00pm.

Takpalah..we'll see macam mana..harap-harap taklah me ni hangat2 tahi ulat sutera. If tanya En. Amin dia memadai makan ikan goreng + jangan bening (p/s: bahasa jawa : jangan = sayur, bening = masak air) + sambal kicap... senang kan..? Tapi untuk me yang suka makan banyak lauk ni..mana leh tahan...

So... semalam sebagai pembuka semangat untuk masak.. n sebab barang dapur banyak dah tak dak.. me masak la Nasi Goreng Urgent aja... ianya ala-ala nasi goreng kampung tapi diletakkan sosej ayam... pastu makan ngan ikan masin sepat... yummeh tu...sampai me ngan En. Amin makan 2 pinggan...

Me not a great cook macam my Mak.. but i will be , one day...InsyaAllah. Aja-aja fighting!!!